SELAMAT DATANG

Orang-orang yang berhenti belajar akan menjadi pemilik masa lalu. Orang-orang yang masih terus belajar, akan menjadi pemilik masa depan.

Wednesday 8 August 2012

RPH tahun 2



 
Rancangan Pelajaran Harian 

Bahasa Malaysia Tahun Dua
Tahun : 2 Merah
Tarikh  : 10 Ogos 2012
Bilangan Murid : 20 Orang
Tajuk : Haiwan
Masa : 60 Minit
Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :
1.3.2     Menyatakan lima ciri-ciri haiwan
2.4.3     Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
        3.3.4  Menulis lima ayat tunggal berdasarkan teks.
Fokus Utama :
Standard Kandungan
2.4 Membaca kuat teks frosa dengan sebutan dan intonasi yang betul
                serta memahami teks yang dibaca.
Aras 1 (i) Membaca teks frosa dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Fokus Sampingan :
Standard Pembelajaran
3.3 Membina dan menulis perkataan dan ayat tunggal.
Aras 2 (i) Melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.
Kemahiran Bahasa : Mendengar, membaca dan menulis
Sistem Bahasa : Liar, berlari, melompat, beranak
Ilmu : Sains, Pendidikan Islam
Nilai : Kasih sayang, bertanggungjawab, menghargai, kerjasama, bersyukur
Kemahiran Bernilai Tambah ( KBT )
Kemahiran Berfikir : Menciri, meramal, membuat inferens, mengkategori, menjana
                  idea, dan menerangkan sebab.
Kemahiran Belajar : Mengumpul, memproses, mencatat, melaporkan maklumat.
Kecerdasan Pelbagai : Kontekstual, interpersonal, verval-linguistik, emosi.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat haiwan dan membina ayat tunggal.
Bahan Bantu Mengajar : Komputer, sambungan internet, paparan blog, audio bunyi
                       haiwan.
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan


Bercerita mengenai haiwan:
·         Cuba dengar bunyi ini.
·         Cuba teka bunyi apakah ini?
·         Namakan haiwan yang kamu dengar tadi.
Set Induksi ( 5 minit )

·         Murid diperdengarkan bunyi-bunyi haiwan.
·         Murid bercerita dan melakonkan bunyi berdasarkan bunyi haiwan tadi.
·         Guru menjelaskan tajuk pelajaran pada hari tersebut.



KB : menghubung kait, menciri.

BCB : Mendengar dengan aktif.

BBM : Audio bunyi haiwan.


·         Cuba fikirkan bagaimana haiwan ini hidup?
·         Membaca teks yang disediakan.
Langkah 1 ( 15 minit )

·         Bersoaljawab dengan murid di mana haiwan-haiwan tersebut hidup.
·         Guru minta murid mengelik pautan yang telah disediakan.
·         Murid diminta membaca teks dengan kuat, jelas dan intonasi yang betul.
·         Guru merumuskan pencapaian bacaan murid.




KB : Mencirikan

BCB : Mendengar aktif, Memproses maklumat

KP : Verval-linguistik, interpersonal, emosi.

Nilai : Keberanian, Kasih Sayang, Kerjasama.


Murid :
Menyatakan ciri-ciri haiwan berdasarkan petikan
Langkah 2 ( 15 minit )

·         Murid diarah duduk dalam kumpulan yang telah ditetapkan.
·         Guru meminta murid mengelik pautan yang telah disediakan mengikut kumpulan.
·         Murid diminta meneliti petikan kumpulan masing-masing.
·         Murid diminta mencirikan haiwan yang terdapat di dalam petikan tersebut.



KB : Meramal dan membuat inferens

BCB : Mendengar aktif, memproses maklumat.

Nilai : Kasih sayang , kerjasama,emosi.



Murid :
Membentangkan hasil dapatan.
Langkah 3 ( 10 minit )

·         Murid diminta melaporkan hasil dapatan mereka di dalam borang yang disediakan di kertas dan di skrin.
·         Guru dan murid membuat rumusan mengenai ciri-ciri haiwan.



KP : Verval-linguistik, interpersonal, emosi,

BCB : Menyampaikan maklumat.

Nilai : Keyakinan, bersyukur.

BBM : Komputer


Murid :
Menciri haiwan

Habitat haiwan

Makanan haiwan

Mengakses internet untuk maklumat tambahan mengenai haiwan.

Langkah 4 ( 15  minit )

·         Murid masih dalam kumpulan masing-masing dan diminta memilih teks dan gambar haiwan yang ditunjukkan.
·         Murid diminta mengenalpasti ayat tunggal dari teks tersebut.
·         Murid diminta membacakan ayat-ayat tersebut.
·         Murid diminta melengkapkan ayat yang disediakan.
·         Guru merumuskan pencapaian murid.



KB : menjana idea, menerangkan sebab.

BCB : mengumpul dan memproses maklumat

KP : Verval-linguistik, interpersonal.

Nilai : kasih sayang, hormat, kerjasama, bersyukur, tanggungjawab.

BBM : Komputer, internet


Penutup kognitif : membuat rumusan isi pelajaran

Penutup Sosial : memberi pujian dan motivasi

Penutup (5 minit)

·         Guru menyoal murid tentang perkara yang telah dipelajari.
·         Guru memberi dorongan kepada murid supaya perbaiki bacaan dan mencari maklumat tambahan melalui internet.
·         Guru meminta murid mengklik video yang disediakan dan menyanyi bersama-sama.



Nilai : kasih sayang, menghargai, motivasi



No comments:

Post a Comment